|
Dengan kejayaan KipMart Masai & Tampoi, KIPMART KOTA TINGGI adalah sebuah lagi Kompleks Pasar Rakyat telah dibuka pada 08 November 2008 dan dirasmikan oleh Yang Berhormat YB Asiah bte Md. Ariff Pada 15 November 2008. Dengan keluasan 123,000kps,KIPMART Kota Tinggi di bina dengan mengutamakan keselesaan kepada penduduk Kota Tinggi serta para pengunjung untuk membeli belah.
Dengan pelbagai pilihan perniagaan dan barangan menjadikan ianya pusat membeli belah seperti dimana pengunjung boleh mendapatkan hampir kesemua barangan keperluan di bawah satu bumbung. Terdapat juga Pasaraya, restoran, perabot dan ruang promosi yang menawarkan pelbagai jenis pilihan produk dari masa ke semasa. Bazzar KIP satu konsep baru dimana zon terserbut menawarkan pelbagai jenis pakaian tradisional and kain untuk pilihan para pengunjung. Bagi mereka yang hendak memiliki sebuah kereta, Auto Ria Kip Mart pasti dijadikan tempat pilihan utama mereka, ini adalah disebabkan kami telah menpunyai pelbagai pengedar kereta yang berjenama di zon tersebut.Tempat letak kereta yang luas dan selesa disediakan secara PERCUMA di sekitar bangunan. Program-program yang menarik akan disediakan pada setiap hujung minggu untuk menghiburkan para pengunjung. Selain itu, Kipmart Kota Tinggi juga sering mengadakan JELAJAH KOMUNITI di Felda-felda yang ada disekitar Kota Tinggi bagi mengeratkan lagi siratturahim dengan penduduk tempatan. Datanglah Beramai-ramai dan merasai kemesraaan dan kemeriahan kami di Kipmart Kota Tinggi¡£ “ JIMAT BERSAMA KIPMART ” |










